Tuesday 27 May 2014

riang ria di Laman Bestari Eco resort. Ulu Yam .Selangor






















                                                        Sukanya dapat makan aiskrim





Berendam di dalam air.
Bersama anak bujangku yang kedua.....


Friday 20 December 2013

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2014

Jaslina Ismail at Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Bukit Sentosa - 1 hour ago
TARIKH : 20 DISEMBER 2013 HARI : JUMAAT MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKBS AGENDA : 1. Ucapan Pengerusi 2. Pengesahan Minit Mesyuarat 3. Perkara-perkara berbangkit 4. Laporan GPK 5. Hal-hal lain

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2014

Jaslina Ismail at Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Bukit Sentosa - 1 hour ago
TARIKH : 20 DISEMBER 2013 HARI : JUMAAT MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKBS AGENDA : 1. Ucapan Pengerusi 2. Pengesahan Minit Mesyuarat 3. Perkara-perkara berbangkit 4. Laporan GPK 5. Hal-hal lain

Monday 2 December 2013

Tokoh-tokoh Ahli Fizik Dalam Tamadun Islam

Tokoh-Tokoh Ahli Fizik Dalam Tamadun Islam ialah :

                Dalam Tamadun Islam, terdapat beberapa orang tokoh-tokoh Ahli Fizik 

1. Al-Biruni (973-1048 M)     
       Al-Biruni seorang pengkritik yang kuat menentang fizik Aristoteles. Beliau banyak mengkritik tentang ‘landasan asas’ fizik Aristoteles seperti kehipomorfan, tempat tabii bagi objek dalam bahagian alam bumi. Beliau juga menyangkal kewujudan vakum berdasarkan penalaran dan cerapan fenomenon tabii. Beliau banyak membincang dan menganalisis dengan dalamnya akan konsep asas fizik seperti gravity, jirim dan ruang, dan gerakan bumi. Beliau telah juga memberi sumbangan dalam bidang mekanik dan hidrostatik. Dalam bidang mekanik beliau telah mengukur gravity spesifik logam dan bahan bukan logam dengan darjah kejituan yang tinggi. Beliau membincang tentang tekanan dan keseimbangan bendalir dan juga penyesakan ke atas air dari mata air.

2. Abu Barakah al-Baghdadi (1077-1165 M
           Abu Barakah al-Baghdadi seorang ahli falsafah Yahudi yang pada akhir hayatnya telah memeluk agama Islam. Beliau juga seorang ahli fikir asli yang menguasai mandala falsafah tabii. Kitabnya Kitab al-Mu`tabar mengandungi idea yang berguna untuk fizik. Beliau bukan sahaja meneruskan kritikan kepada teori Aristoteles tentang gerakan luncuran, tetapi beliau juga telah mengkaji masalah pecutan jasad terjatuh dan terluncur. Beliau juga telah memikirkan konsep masa dari sudut lain dengan menimbangkannya sebagai sesuatu yang berhubung dengan proses yang akan berlaku daripada gerakan translasi sahaja. Spekulasinya tentang gerakan memecut mengagumkan kerana beliau mungkin merupakan orang yang pertama menolak teori Aristoteles yang menyatakan bahawa daya malar menyebabkan gerakan seragam yang lajunya berkadaran dengan daya.

3.Suhrahwadi    
        Suhrahwadi menjadi pengasas Isyraqiyyin (iluminasis) dan telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Beliau telah menolak teori Aristoteles tentang kehilomorfan. Bagi ‘zat’ alam ini cahaya, dan jirim itu ‘kegelapan’ tanpa cahaya. Beliau menyatakan bahawa alam bumi dan planet tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Ini tidak asing daripada hukum gravity semesta.

4.Al-Haitham (965-1038 M)         
   Al-Haitham seorang ahli matematik, fizik, dan ahli astronomi. Beliau lebih terkenal sebagai pengasas dalam bidang optik. Beliau yang dikenali di Barat sebagai al-Hazen telah menulis Kitab al-Manazir yang diterjemah oleh sarjana Barat sebagai Optical Thesaurus (Kitab Optik). Dalam buku ini beliau telah menjelaskan konsep momentum yang telah dibina oleh kaum Muslim.            Beliau juga telah memberi sumbangan penting kepada fizik. Ketika mengkaji gerakan, beliau telah berjumpa dengan prinsip inersia. Kajian optik beliau pula telah menjelmakan banyak pengetahuan optik sehingga optik menjadi satu disiplin yang bertertib dan tertakrif seperti sekarang. Beliau telah menggabungkan penggunaan matematik yang terperinci, model fizik yang telah difikirkan dengan teliti.

5. Abdul Rahman al-khazini    
        Abdul Rahman al-Khazini seorang ahli fizik yang terkenal. Asalnya beliau seorang hamba bangsa Yunani yang hidup dengan maju jayanya di Mesir pada abad ke-12 M. Beliau bekerja dalam bidang mekanik dan hidrostatik. Di antara beberapa buah buku yang ditulisnya termasuklah Kitab Mizan al-Hikmah (Kitab Neraca Kebijaksanaan) yang memuatkan kerja-kerjanya tentang mekanik dan hidrostatik, terutama sekali tentang kajian pusat gravity. Untuk kerja-kerja ini beliau telah menggunakan hasil kerja Arkhimedes dan juga ahli sains sebelumnya seperti al-Nairizi dan al-Biruni.


6. Banu Musa    
        Banu Musa keluarga ahli sains bernama Musa, iaitu Ibnu Syakir dan anak-anaknya Muhamad, Ahmad dan Hassan. Mereka telah menulis tentang mekanik dakam buku Hiyal Banu Musa. Buku ini mengandungi maklumat tentang sekitar seratus binaan alat mekanik. Buku ini juga telah menyentuh soal tentang pusat gravity dan menjelaskan operasi beberapa alat berdasarkan kepada prinsip mekanik.Berkenaan gravity, Banu Musa telah manyatakan tentang kewujudan satu tarikan yang disebut gravity menyebabkan planet-planet di langit “terikat” antara satu dengan yang lain dan juga jasad jatuh ke bumi. Inilah teori yang pada masa ini dikaitkan dengan nama ahli fizik Barat, Isaac Newton (1642-1727 M).

Monday 15 October 2012

ASSALAMUALAIKUM........SALAM BUAT SEMUA

          

       MATEMATIK TAHUN 5


KENALI BENTUK 3 DiMENSI   




     BENTUK-BENTUK 3 DIMENSI








KON

PIRAMID
KUBOID
SFERA
SILINDER
KUBUS