TEORI PEMBELAJARAN

TEORI PEMBELAJARAN DALAM PELAKSANAAN PENGAJARAN

Pengenalan

Teori pembelajaran  merujuk kepada penjelasan tentang proses, prinsip dan hukum pembelajaran yang di hasilkan melalui kaedah saintifik.

Kepentingan teori pembelajaran:
&          Menjelaskan bagaimana pembelajaran berlaku.
&          Asas pembentukan strategi pengajaran.

MAZHAB TEORI PEMBELAJARAN
  • BEHAVIORIS
  • KONGITIVIS
  • KONSTRUKTIVIS
  • SOSIAL
  • HUMANIS

TEORI BEHAVIORIS
Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan sebagai hasil daripada pengalaman manusia.
Tumpuan teori ini ialah kepada bagaimana perlakuan baru diperolehi, bukannya kepada bagaimana pengetahuan baru dipelajari.

PELOPOR TEORI
  • Pavlov, Ivan (1849-1936)
  • Thorndike, E. L. (1874-1949)
  • Watson, J. B. (1878-1958)
  • Guthrie, E. R.(1886-1959)
  • Skinner, B.F. (1904-1990
  • John B. Watson

 Ivan Pavlov
Ahli psikologi berbangsa Russia ini telah menemui salah satu jenis pembelajaran major, iaitu perlaziman klasik secara tidak sengaja semasa menjalani eksperimen terhadap penghadaman pada awal tahun 90-an.  Sejak itu, beliau terus berusaha untuk menemui prinsip-prinsip teras perlaziman klasik sepanjang hayat beliau.
 John B. Watson
Ahli psikologi bangsa Amerika John B. Watson percaya bahawa ahli-ahli psikologi perlu mengkaji tingkahlaku overt daripada membuat spekulasi tentang pemikiran dan perasaan seseorang.  Pendekatan Watson, yang digelarnya behavorisme pada tahun 1910-an, mendominasi bidang psikologi separuh pertama abad ke-20.
  B. F. SkinnerAhli psikologi berbangsa Amerika ini menjadi terkenal kerana kajian rintis beliau terhadap pembelajaran dan tingkah laku.  Dalam 60 tahun kerjayanya, Skinner telah menemui prinsip-prinsip penting pelaziman operan, sejenis pembelajaran yang melibatkan peneguhan dan hukuman.  Sebagai behavioris tulen, Skinner percaya bahaawa pelaziman operan boleh menjelaskan tingkah laku manusia yang lebih kompleks.
  Edward L. ThorndikePada akhir abad ke-19, ahli psikologi berbangsa Amerika, Edward L. Thorndike melakukan beberapa eksperimen terhadap pembelajaran haiwan. Thorndike membentuk Hukum Kesan, yang menyatakan bahawa tingkahlaku yang diikuti dengan akibat yang menyenangkan lebih berkemungkinan diulangi pada masa depan.
 JENIS PEMBELAJARAN  MENGIKUT MAZHAB BEHAVIORIS
  • CONTIGUITY
  • PELAZIMAN KLASIK
  • PELAZIMAN OPERAN
CONTIGUITY:
&          Perubahan tingkah laku yang terhasil  melalui hubungan rangsangan – gerak balas yang mudah. Pembelajaran ini berlaku apabila pasangan dan gerak balas itu diulang-ulang melalui aktiviti latihtubi.
PELAZIMAN KLASIK:
&          Pembelajaran merupakan tindak balas manusia secara psikologi dan emosi  tehadap persekitarannya.
&          Tindak balas dibentuk melalui proses pelaziman suatu rangsangan tidak terlazim dengan tindak balas tak terlazim menjadi rangsangan dan tindak balas terlazim.
&          Teori ini juga digunakan untuk menjelaskan  pembelajaran emosi (Watson).
PELAZIMAN OPERAN:
&          Mengikut Thorndike pembelajaran  berlaku melalui proses cuba jaya dalam membuat perkaitan antara rangsangan dan tindak balas
&          Menjelaskan pembelajaran sebagai  perubahan tingkah laku yang terhasil  daripada kesan tingkah laku.
Memperkenalkan tiga hukum pembelajaran:
&          Hukum kesediaan: Pelajar perlu  mempunyai persiapan dalam dirinya untuk membolehkan pembelajaran berlaku dengan berkesan.
& Hukum latihan: Ikatan rangsangan – gerak balas menjadi kukuh melalui latihan yang berulang-ulang.
& Hukum kesan: Kesan yang memuaskan menjadi motivasi untuk pelajar meneruskan tingkah laku yang dikehendaki dan mengukuhkannya.
PELAZIMAN OPERAN:
& Mengikut Skinner, pembelajaran berlaku secara pelaziman operan melalui penggunaan peneguhan.
& Sesuatu perlakuan/ kemahiran yang hendak dipelajari perlu dibentuk secara berperingkat-peringkat menggunakan unsur peneguhan.
IMPLIKASI TEORI KE ATAS AMALAN PEDAGOGI
  • Pedagogi yang biasa diamalkan ialah kaedah pemusatan guru dan pelajar menerima maklumat secara pasif.
  • Hasil pembelajaran yang dikehendaki mesti dinyatakan secara eksplisit.
  • Pelajar perlu mempunyai kesediaan pembelajaran.
  • Bagi memantapkan maklumat yang diterima pelajar perlu diberi latihan yang berulang dan menyediakan kesan pengalaman pembelajaran yang menyenangkan.
  • Peneguhan (reinforcemen) sama ada bersifat positif atau negatif digunakan bagi mengekalkan tingkah laku yang diingini atau menghapuskan tingkah laku yang tidak diperlukan.
  • Pilih penggunaan peneguhan yang sesuai untuk mencapai hasrat yang dijangkakan.
  • Pelajar perlu digalakkan membuat perbandingan bagi membolehkan pelajar membuat generalisasi dan diskriminasi.
  • Perlunya guru memberikan maklum balas yang jelas dan informatif mengenai hasil kerja pelajar.
  • Guru perlu membentuk tingkah laku pelajar yang dikehendaki.
  • Guru perlu memberi “cues” kepada tingkah laku yang dikehendaki.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Setiap manusia mempunyai kebolehan kognitif – mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalamannya.
Aktiviti pembelajaran mestilah melibatkan aktiviti pemerolehan dan pengelolaan pengetahuan/pengalaman yang diperolehi.
Pembelajaran adalah perubahan struktur mental seseorang yang membolehkannya menunjukkan perubahan dalam tingkah lakunya.
Fokus teori ini mengenai pembelajaran adalah kepada perubahan dalaman proses mental yang digunakan oleh individu untuk memaknakan dunianya.
Penjelasan tentang peranan mental dalam proses pembelajaran dibuat secara inferen.

PELOPOR TEORI
  • Gestalt Psychology
  • Piaget, J.
  • Cognitive Development Stages
  • Bruner, Jerome
  • Discovery Learning
  • Suchman, Richard
  • Inquiry Method
  • Ausubel, David
  • Expository Teaching
TEORI GESTALT
(Koffka & Kohler)
Gestalt bererti bentuk atau konfigurasi.
Terdapat dua prinsip asas teori ini dalam menjelaskan mengenai pembelajaran:
&   Melihat sesuatu secara  keseluruhan lebih daripada melihat  bahagian-bahagiannya.
&  Dalam persepsinya manusia akan  mengasingkan figure – apa yang kita fokus- daripada latarnya.
Mengikut teori Gestalt pembelajaran berlaku secara celik akal (insights).
Insights : The sudden perception of the relationships among elements in a problem situation.
Teori ini menjelaskan kebolehan seseorang mengamati / memahami sesuatu masalah secara spontan setelah dapat membuat perkaitan unsur-unsur dalam struktur persepsinya.
Implikasi Terhadap Pengajaran
  • Uruskan pembelajaran secara bentuk (patterns), bukan bahagian-bahagian (parts).
  • Berikan satu overview   kursus dan hubungan antara tajuk-tajuk berkenaan.
  • Masalah yang mempunyai ciri, unsur dan struktur yang sama diselesaikan dengan kaedah yang sama.
  • Tidak berminat dengan pengajaran secara langkah demi langkah, latih tubi, atau penerangan arbitrari oleh guru.
Cara guru membantu pelajar memperolehi celik akal.
  •   Melatih pelajar melihat secara keseluruhan sebelum memahami secara terperinci.
  •   Menegaskan pembelajaran integratif.
  •   Melatih pelajar mengamati sesuatu secara jelas dan objektif.
  •   Merangsang pemikiran pelajar dalam proses pembelajaran.
  • Menekankan hipotesis dalam pembelajaran – membantu pelajar menyelesaikan masalah mengikut           tatacara yang betul.
  • Menjelaskan pembelajaran yang hendak dicapai.

TEORI SKEMATA
( John Piaget)
Mengikut Piaget, pembelajaran adalah pembinaan skema (struktur kognitif) dalam  usaha individu memahami persekitarannya.
Skema ditakrifkan sebagai satu struktur komplek pengetahuan yang menjelaskan kefahaman seseorang terhadap sesuatu peristiwa / perkara.
Skema adalah gabungan proposisi, imej dan susunan linear – cara berkesan menyusun maklumat untuk membina kefahaman.
PENJELASAN “DECLARATIVE KNOWLEDGE” DALAM INGATAN
Propositional networks: Satu set item declarative knowledge yang saling berkaitan.
Linear ordering: Susunan item-item declarative knowledge kepada suatu dimensi.
Image: Gambaran mental
Schemas: Gabungan antara hubungan proposisi, susunan linear dan imej.
Piaget menggunakan konsep asimilasi, akomodasi dan keseimbangan dalam menjelaskan perkembangan skema.
  •  Asimilasi: Proses menggunakan  struktur yang sedia ada untuk menyerapkan pengalaman/ pembelajaran baru.
  •  Adaptasi dan keseimbangan: Mengubahsuai skema selaras dengan pengalaman / pembelajaran baru. 
  • Akomodasi: Mengubah skema untuk memenuhi keperluan pembelajaran baru.              
               
Implikasi Ke atas Pengajaran Pembelajaran.
  •  Perlunya mengaitkan pengetahuan  sedia pelajar dalam pembelajaran baru.
  • Menggunakan pengetahuan sedia  pelajar untuk menghasilkan generative knowledge” – pengetahuan yang digunakan secara aktif untuk  menginterpretasi situasi baru.
  • Menggunakan skemata untuk   mengajar kemahiran berfikir aras tinggi.
– Membina ciri-ciri objek  menguasai pemikiran logik,dan memahami konstruk global.

TEORI  PEMEROSESAN MAKLUMAT
Model ini mengandungi tiga komponen utama:
  • Stor maklumat (Information store)
  • Proses Kognitif (Cognitive processes)
  • Metakognisi (Metacognition)
Tumpuan model ini adalah untuk menjelaskan bagaimana maklumat yang diterima daripada persekitaran diproses menghasilkan pembelajaran.
STOR MAKLUMAT: Tempat menyimpan maklumat – sensory memory, working memory, and long-term memory.
PROSES KOGNITIF: Proses dalaman yang melibatkan tindakan intelektual memindahkan maklumat dari satu  stor kepada stor yang lain – Attention, perception, rehearsal, encoding, and retrieval.
METAKOGNISI: Kesedaran mengenai proses kognitif dan tindakan mengawal proses kogntif.
SENSORY MEMORY
  • Stor yang menyimpan maklumat yang diterima daripada persekitaran sebelum ianya diberi perhatian dan dihantar untuk proses kognitif seterusnya.
  • Keupayaannya menerima rangsangan tidak terbatas tetapi sekiranya maklumat itu tidak diproses ia akan segera hilang daripada stor ini ( satu saat untuk yang dilihat, dua saat untuk yang didengar).
               
WORKING MEMORY
  • Stor maklumat yang menyimpan maklumat yang sedang  digunakan.
  • Stor ini mempunyai dua ciri utama;
                 Menyaring maklumat yang diterima.
                Terbatas dari segi keupayaan dan jangka masa.
LONG-TERM MEMORY
  • Penyimpanan maklumat yang kekal.
  • Keupayaan menyimpan maklumat tidak terbatas dari segi banyak dan tempoh  masa.
  • Maklumat disimpan dalam bentuk:
                – Declarative knowledge
                – Procedural knowledge
ATTENTION:
MEMPROSES MAKLUMAT  DARI PERSPEKTIF  PELAJAR.
  • Proses secara sedar memberi fokus kepada sesuatu rangsangan.
  • Proses seterusnya ke atas maklumat bergantung kepada sejauh mana pelajar memberi perhatian kepada rangsangan yang dikehendaki.
PERCEPTION:
MENCARI MAKNA DALAM RANGSANGAN.
  • Persepsi ialah proses individu memberi  makna kepada apa yang dialaminya.
  • Persepsi penting kerana maklumat yang dihantar ke “working memory” bergantung kepada persepsi pelajar terhadap rangsangan itu.
  • Maklumat dalam “working memory” adalah bersifat “perceived reality” bukannya “true reality”.
  • Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar:
        – Pengetahuan latar (schemas).
       – Ekspektasi
REHEARSAL:
MENGEKALKAN MAKLUMAT MELALUI LATIHAMAL.
  • Maintenance Rehearsal: Proses  mengulang maklumat sama ada secara lisan atau mental.
  • Elaborative Rehearsal:  Proses mengasosiasi maklumat yang hendak diingati dengan maklumat yang telah sedia ada dalam stor ingatan jangkapanjang.
ENCODING:
MEMBUAT KAITAN DALAM INGATAN J/PANJANG.
Berlaku bila seseorang individu membina gambaran mental mengenai   maklumat dan menyimpannya dalam     ingatan.
- mengorganisasi dan mengaitkan  sesuatu maklumat yang dipelajari dengan apa yang telah  dipelajari.
METACOGNITION:
MAKLUMAT DAN KAWALAN KE ATAS PROSES KOGNITIF.
Metakognisi melibatkan
(i)   pengetahuan atau kesedaran individu terhadapproses kognitifnya
(ii)  kebolehan menggunakan mekanisme “self-regulatory” untuk mengawal proses kognitif.
 MODEL MEANINGFUL  VERBAL  LEARNING
Dikemukakan oleh David Ausubel.
Mengikut  model ini setiap disiplin akademik mempunyai struktur tubuh    ilmu yang tersendiri.
  • Membentuk sistem pemerosesan maklumat untuk mata pelajaran berkenaan.
  • Menjadi “intellectual map” untuk menganalisis dan menyelesaikan masalah dalam bidang berkenaan.
Setiap disiplin ilmu mempunyai set-set konsep yang tersusun secara hieraki.
Untuk membantu pelajar menguasai sesuatu disiplin ilmu guru perlu mempastikan:
  • Konsep yang disampaikan adalah stabil dengan apa yang telah ada dalam struktur kognitif.
  • Bahan itu mestilah bermakna kepada pelajar.
  • Ausubel mencadang dua prinsip dalam pengajaran:
  • Untuk membantu pelajar menguasai sesuatu disiplin ilmu guru perlu mempastikan:
    • Konsep yang disampaikan adalah stabil dengan apa yang telah ada dalam struktur kognitif.
    • Bahan itu mestilah bermakna kepada pelajar.
      • Progressive differentiation –memperkenalkan yang umum dahulu kemudian diikuti dengan perincian dan spesifik.
      • Integrative reconciliation –maklumat baru mestilah berkaitan dengan pembelajaran sebelumnya.
      • Strategi yang dikemukakan oleh Ausubel ialah “Advance Organizer”
        • Memperkenalkan idea yang umum, abstrak dan inklusif berkaitan task pebelajaran dan kemudian baru diikuti dengan maklumat yang lebih terperinci dan spesifik.
BENGKEL
Implikasi teori kognitif ke atas amalan pengajaran pembelajaran.
Cara meningkatkan ingatan pembelajaran pelajar.
Strategi kuliah yang berkesan.

TEORI KONSTRUKTIVISME
Tujuan utama pembelajaran pelajar adalah untuk menguasai tubuh ilmu bagi sesuatu mata pelajaran.
Sistem pemerosesan maklumat manusia adalah satu set idea (struktur kognitif) yang menjadi tunjang kepada pembelajaran maklumat baru.
  • Pembelajaran maklumat baru bergantung kepada sejauh mana ianya berkaitan dengan struktur kognitif ini.
TEORI KONSTRUKTIVISME
Vygotsky: Social Constructivism
Teori ini menjelaskan ilmu terbina dalam konteks sosial. Melalui interaksi sosial, pelajar memurnikan ideanya dan membantu membentuk idea    orang lain.
Mengikut Funderstanding Group (1998), konstruktivism;
“.. Is a philosophy of learning founded in the premise that, by reflecting on our experiences, we construct our own understanding of the world we live in.”
Ciri “constructivist learning environment”.
  •  Menyediakan pembelajaran yang menggambarkan  kerencaman dunia benar.
  •  Menekankan pembinaan pengetahuan.
  •  Menekankan tugasan yang autentik dalam konteks yang bermakna.
  •  Menekankan pembelajaran yang berasaskan kes dan bukannya kepada bentuk pengajaran yang telah ditetapkan.
  •  Menyediakan pelbagai bentuk realiti.
  •  Menggalakkan pemikiran reflektif berdasarkan pengalaman.
  •  Menyediakan peluang pembinaan  pengetahuan baru berdasarkan konteks dan  kandungan pelajaran.
  •  Menyokong pembinaan pengetahuan secara    kolabotarif.
CIRI TEORI KONSTRUKTIVISME
Pelajar membina ilmu pengetahuan melalui tindakan aktif dan pemikirannya untuk memberi makna terhadap pengalamannya.
Pembelajaran baru bergantung kepada kefahaman semasa.
Pembelajaran pelajar terbimbing melalui interaksi sosial.
Pembelajaran bermakna terbina melalui task pembelajaran yang autentik.
TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS
Konstruktivis mengandaikan subjektiviti adalah kritikal kerana setiap pelajar yang menerima maklumat akan memprosesnya secara kognitif untuk mencerminkan/ membayangkan keperluan, sifat semula jadi, pemikiran, sikap, kepercayaan dan perasaannya.
Konstruktivis menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar.
Ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan.
Dalam situasi yang sama, ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh setiap individu adalah tidak sama.
CIRI 1:   Pelajar membina kefahaman/ilmu melalui tindakan aktif dan pemikirannya.
IMPLIKASINYA:
      Guru perlu menyediakan pengalaman pembelajaran yang melibatkan pelajarsecara aktif dalam membina kefahaman.
        Menggalakkan proses inkuiri melalui kajian  dan eksperimen.
        Penggunaan pedagogi yang berpusatkan  pelajar.
        Mengutamakan pembelajaran berfikrah.
        Peranan guru adalah sebagai penggerak dan pembimbing.        
CIRI 2:   Pembelajaran baru bergantung kepada kefahaman semasa.
IMPLIKASI
       Guru perlu mencungkil kefahaman semasa pelajar dan merancang pengalaman pembelajaran berdasarkan kefahaman semasa pelajar ini.
      Pelajar perlu disediakan dengan pengalaman yang membolehkan mereka membina makna kendiri atau mengubah  kefahaman semasa mereka.      
CIRI 3:   Interaksi sosial merangsang pembelajaran.
IMPLIKASI:
       Perlunya diwujudkan “communities of learners” yang menggalakkan  tanggungjawab pembelajaran di kalangan pelajar.
        Peranan guru adalah sebagai pembimbing.
        Galakkan dialog dalam proses P&P.
        Bentuk kumpulan heterogenous untuk               menggalakkan perubahan konseptual.
      Pembelajaran Sosial (Vygotsky)
Penekanan pada sifat sosial pembelajaran (rujuk cooperative learning)
Pelajar senang menguasai konsep-konsep yang berada di dalam “Zone of Proximal Development” mereka (apabila mereka tidak dapat menyempurnakan sesuatu secara persendirian tetapi memerlukan bantuan rakan sebaya atau orang dewasa)
Cognitive Apprenticeship: Proses di mana seorang pelajar secara beransur-ansur memperoleh kepakaran kerana berinteraksi dengan seorang pakar.
Mediated Learning/Scaffolding:  Pelajar diberi tugasan yang kompleks, sukar, tetapi realistik kemudian bantuan yang secukupnya diberikan untuk menyelesaikan tugasan tersebut.  Menyokong kaedah projek, simulasi.
CIRI 4:   Task pembelajaran autentik menghasilkan pembelajaran bermakna.
IMPLIKASI:
      Pembelajaran secara kontekstual.
      Pembelajaran berasaskan penyelesaian  masalah sebenar.
IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISM KE ATAS AMALAN PEDAGOGI
Pedagogi yang digunakan ialah pemusatan pelajar dengan guru menyediakan peluang-peluang untuk pelajar dapat membina pengetahuan dan membentuk kemahiran, yang mana mereka dapat menghubungkaitkan pengalaman lampau (old knowledge) mereka dengan kegunaan masa depan. 
      Learners must actively and individually discover and transform complex information if they are to make it their own.
      Learners must individually discover and transform complex information, checking new information against old rules and revising rules when they no longer work.
      Menggunakan pemprosesan atas-bawah, iaitu pelajar bermula dengan masalah atau tugasan yang kompleks dan menemui ilmu pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah itu atau untuk menyempurnakan tugasan berkenaan.
      Pemprosesan Atas-Bawah
mula dengan tugasan yang kompleks dan kemudian cari kemahiran asas yang diperlukan untuk menyelesaikannya
Contoh:  Tulis karangan dahulu sebelum belajar ejaan, tata bahasa dan tanda baca
Tradisional (bawah-atas) – kemahiran asas secara beransur-ansur diterapkan menjadi kemahiran kompleks
      Pembelajaran Koperatif:
Berasaskan pendapat bahawa pelajar lebih mudah mempelajari dan memahami konsep yang sukar sekiranya mereka diberi peluang untuk membincangkannya dengan orang lain.
      Generative Learning
Mengajar pelajar strategi-strategi yang spesifik cara-cara memproses secara mental maklumat-maklumat baru. 
      Pembelajaran Discovery:
Pelajar sangat digalakkan untuk belajar sendiri dengan melibatkan diri secara aktif dengan prinsip dan konsep
Guru pula menggalakkan pelajar untuk mengalami sendiri dan menjalankan eksperimen yang akan membolehkan mereka menemui prinsip
Bruner, “We teach a subject not to produce little living libraries on that subject, but rather to get a student to think…for himself, to consider matters as an historian does, to take part in the process of knowledge-getting.  Knowing is a process, not a product”
      Pembelajaran Discovery
Pembelajaran perlu bersifat fleksible dan eksploratori
Ambil kira faktor sikap pelajar terhadap pembelajaran
Bruner: tingkatkan rasa ingin tahu pelajar, kurangkan kadar kegagalan, kerelevanan dengan diri pelajar
Galakkan informed guessing melalui jenis soalan bimbingan
Gunakan pelbagai bahan dan permainan
Beri kelonggaran kepada pelajar untuk memuaskan rasa ingin tahu mereka walaupun idea yang dicari itu tidak ada kaitan langsung dengan apa yang dipelajari
Gunakan contoh-contoh yang bertentangan dengan isi kandungan untuk menghubungkaitkan tajuk
IMPLIKASI LAIN
Guru sebagai fasalitator dan haruslah dapat menyediakan aktiviti-aktiviti berasaskan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ (mengwujudkan pengalaman aktif);
Berusaha mewujudkan interaksi antara guru-murid dan murid-murid untuk proses ‘negotiation’ (termasuk refleksi) bagi proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep (abstraksi);
Sediakan aktiviti-aktiviti yang meransangkan fikiran, sama ada soal-jawab atau dalam proses penyelesaian masalah.
Guru juga sesuai berperanan sebagai pelajar atau penyelidik, supaya guru lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan.
Penilaian dalam proses P&P pula merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pegetahuan.
      Pendekatan konstruktivis juga menekankan pembelajaran janaan, penyoalan atau strategi-strategi inkuiri dan kemahiran metakognitif yang lain.
      Kaedah Pembelajaran Discovery dan Scaffolding merupakan kaedah pengajaran konstruktivis yang berasaskan teori pembelajaran kognitif
      Teori PD Bruner menekankan aspek pembelajaran kendiri secara aktif, perasaan ingin tahu, dan penyelesaian masalah secara kreatif pelajar.
      Scaffolding yang berasaskan pandangan Vygotsky, menyeru guru membantu pelajar pada saat-saat kritikal dalam proses pembelajaran mereka.
PEDAGOGI UNTUK PENDIDIKAN BERKONSEPKAN BESTARI
  • Menggunakan Pelbagai Strategi Pembelajaran.
  • Pedagogi Berpusatkan Pelajar.
  • Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif.
  • Pembelajaran Kontekstual, Realistik dan Autentik.
  • Pedagogi yang Mengambil Kira Kepelbagaian Pelajar.
  • Pengintegrasian Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Pembelajaran.
  • Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran Pembelajaran.
This entry was posted in Semua KategoriTeori Pembelajaran. Bookmark the permalink.

No comments:

Post a Comment