Tokoh-Tokoh Ahli Fizik Dalam Tamadun Islam ialah :
Dalam Tamadun Islam, terdapat beberapa orang tokoh-tokoh Ahli
Fizik
1. Al-Biruni (973-1048 M)
Al-Biruni seorang pengkritik
yang kuat menentang fizik Aristoteles. Beliau banyak mengkritik tentang
‘landasan asas’ fizik Aristoteles seperti kehipomorfan, tempat tabii bagi objek
dalam bahagian alam bumi. Beliau juga menyangkal kewujudan vakum berdasarkan
penalaran dan cerapan fenomenon tabii. Beliau banyak membincang dan
menganalisis dengan dalamnya akan konsep asas fizik seperti gravity, jirim dan
ruang, dan gerakan bumi. Beliau telah juga memberi sumbangan dalam bidang
mekanik dan hidrostatik. Dalam bidang mekanik beliau telah mengukur gravity
spesifik logam dan bahan bukan logam dengan darjah kejituan yang tinggi. Beliau
membincang tentang tekanan dan keseimbangan bendalir dan juga penyesakan ke
atas air dari mata air.
2. Abu Barakah al-Baghdadi (1077-1165 M)
Abu Barakah al-Baghdadi seorang
ahli falsafah Yahudi yang pada akhir hayatnya telah memeluk agama Islam. Beliau
juga seorang ahli fikir asli yang menguasai mandala falsafah tabii. Kitabnya
Kitab al-Mu`tabar mengandungi idea yang berguna untuk fizik. Beliau bukan
sahaja meneruskan kritikan kepada teori Aristoteles tentang gerakan luncuran,
tetapi beliau juga telah mengkaji masalah pecutan jasad terjatuh dan terluncur.
Beliau juga telah memikirkan konsep masa dari sudut lain dengan menimbangkannya
sebagai sesuatu yang berhubung dengan proses yang akan berlaku daripada gerakan
translasi sahaja. Spekulasinya tentang gerakan memecut mengagumkan kerana
beliau mungkin merupakan orang yang pertama menolak teori Aristoteles yang
menyatakan bahawa daya malar menyebabkan gerakan seragam yang lajunya
berkadaran dengan daya.
3.Suhrahwadi
Suhrahwadi menjadi pengasas
Isyraqiyyin (iluminasis) dan telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Beliau
telah menolak teori Aristoteles tentang kehilomorfan. Bagi ‘zat’ alam ini
cahaya, dan jirim itu ‘kegelapan’ tanpa cahaya. Beliau menyatakan bahawa alam
bumi dan planet tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Ini tidak asing
daripada hukum gravity semesta.
4.Al-Haitham (965-1038 M)
Al-Haitham seorang ahli matematik,
fizik, dan ahli astronomi. Beliau lebih terkenal sebagai pengasas dalam bidang
optik. Beliau yang dikenali di Barat sebagai al-Hazen telah menulis Kitab
al-Manazir yang diterjemah oleh sarjana Barat sebagai Optical Thesaurus (Kitab
Optik). Dalam buku ini beliau telah menjelaskan konsep momentum yang telah
dibina oleh kaum Muslim.
Beliau juga telah memberi sumbangan penting kepada fizik. Ketika mengkaji
gerakan, beliau telah berjumpa dengan prinsip inersia. Kajian optik beliau pula
telah menjelmakan banyak pengetahuan optik sehingga optik menjadi satu disiplin
yang bertertib dan tertakrif seperti sekarang. Beliau telah menggabungkan
penggunaan matematik yang terperinci, model fizik yang telah difikirkan dengan
teliti.
5. Abdul Rahman al-khazini
Abdul Rahman al-Khazini seorang
ahli fizik yang terkenal. Asalnya beliau seorang hamba bangsa Yunani yang hidup
dengan maju jayanya di Mesir pada abad ke-12 M. Beliau bekerja dalam bidang
mekanik dan hidrostatik. Di antara beberapa buah buku yang ditulisnya
termasuklah Kitab Mizan al-Hikmah (Kitab Neraca Kebijaksanaan) yang memuatkan
kerja-kerjanya tentang mekanik dan hidrostatik, terutama sekali tentang kajian
pusat gravity. Untuk kerja-kerja ini beliau telah menggunakan hasil kerja
Arkhimedes dan juga ahli sains sebelumnya seperti al-Nairizi dan al-Biruni.
6. Banu Musa
Banu Musa keluarga ahli sains
bernama Musa, iaitu Ibnu Syakir dan anak-anaknya Muhamad, Ahmad dan Hassan.
Mereka telah menulis tentang mekanik dakam buku Hiyal Banu Musa. Buku ini
mengandungi maklumat tentang sekitar seratus binaan alat mekanik. Buku ini juga
telah menyentuh soal tentang pusat gravity dan menjelaskan operasi beberapa
alat berdasarkan kepada prinsip mekanik.Berkenaan gravity, Banu Musa telah
manyatakan tentang kewujudan satu tarikan yang disebut gravity menyebabkan
planet-planet di langit “terikat” antara satu dengan yang lain dan juga jasad
jatuh ke bumi. Inilah teori yang pada masa ini dikaitkan dengan nama ahli fizik
Barat, Isaac Newton (1642-1727 M).